Manifesto PR wujud tata cara pemerintahan baik
KUALA TERENGGANU – Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai mencukupi dalam memastikan PR bakal melaksanakan tata pemerintahan yang baik.-Sinar Harian
Demikian kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu, Abd Rahman Yusof dalam satu ulasannya pada 27 Februari lalu berhubung Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentang semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam 25 Februari lalu.
Menurutnya, tawaran manifesto tersebut meyakinkan rakyat terutama usaha PR menyelesaikan bebanan kos sara hidup yang tinggi di kalangan masyarakat ketika ini yang tidak mampu diselesaikan dengan cara pemberian ‘one-off’.
Beliau menjelaskan, apa yang bakal dilakukan kelak lebih memberi ruang kepada rakyat untuk mendapat kuasa beli yang tinggi.
Pada Selasa lalu, PR mengumumkan manifesto PRU13 yang memberi tumpuan ke atas empat teras utama yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.
Abd Rahman yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan bahawa pelaksanaan akan lebih telus melalui tender terbuka bagi memastikan kontraktor yang dipilih berkemampuan menyiapkan sesuatu projek, di samping mengelak amalan monopoli dari pihak tertentu.
Mengulas lanjut katanya, golongan suri rumah yang bergantung sumber kewangan sepenuhnya kepada suami bakal mendapat manfaat sekiranya PR berjaya mengambil alih pentadbiran negara kelak.-Sinar Harian/WNWY
