Anak muda hargai Manifsto PR

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Manifesto yang dikemukakan Pakatan Rakyat dilihat sangat menghargai kaum muda kerana peka dan prihatin terhadap agenda anak muda hari ini.-Harakah Cetak

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar penghargaan ke atas anak mud aitu dapat dilihat nerdasarkan Dokumen Merah Anak Muda Malaysia dengan 5 gagasan.

Antaranya pemberdayaan pendidikan,kualiti hidup,kesaksamaan politik,perumahan strategik anak muda dan merakyatkan kebudayaan serta sukan anak muda telahpun mendapat perhatian oleh Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Harakah hari ini, Firdaus yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, ia membuktikan Pakatan Rakyat adalah pakatan harapan anak muda untuk merealisasikan agenda berkepentingan rakyat dan anak muda.

Katanya lagi, anak muda akan dapat faedah daripada manifesto ini dengan dasar perumahan mampu milik,pendidikan percuma,biasiswa rakyat-mahasiswa,pemansuhan hutang PTPTN dan pemansuhan AUKU.

Selain itu, anak muda juga akan mendapat faedah kelayakkan mengundi 18 tahun merupakan antara intipati  dan menyemarakkan penyertaan anak muda dalam politik negara.

Beliau yakin bahawa dengan manifesto ini, anak muda akan menyokong Pakatan Rakyat dalam melakar agenda melahirkan Malaysia baru yang lebih integriti, wibawa dan mesra rakyat.-WNWY

Additional information