Sidang Media Dato' Seri Anwar Ibrahim  - 19 Jun, 2013

Bekas tahanan ISA dakwa pernah proses IC di Sabah

  

KUALA LUMPUR : Seorang bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud mendakwa kumpulannya pernah membantu memproses beribu-ribu kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada awal 1990-an.- Malaysiakini.com.

 

Siti Aminah mendakwa, tindakan itu bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada masa itu.

Beliau ditahan bawah ISA pada tahun 1995 mendakwa pernah ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan menyerahkan IC kepada ketua kampung di sekitar Sabah untuk diberi kepada warga asing yang kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina.

Katanya lagi, beliau diminta berbuat demikian bagi membantu Umno bertapak di Sabah dengan memberi IC kepada warga asing di negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini, Siti Aminah mendakwa beliau juga diberitahu supaya membantu Umno untuk menewaskan PBS pada ketika itu.

"Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS dengan buat projek IC di Sabah.

"Ada lima peranan yang saya perlu buat iaitu membantu kempen, tambah pengundi Melayu, cari orang kampung pendalaman terutama yang tiada IC di sempadan Sabah-Indonesia dan pastikan kemenangan Umno di Sabah dengan tumbangkan PBS," katanya.

Beliau mendakwa ditahan bawah ISA atas kesalahan berhubung kegiatan tersebut.- Roketkini.com/WNWY

 

Additional information