SPRM soal siasat Sanusi tiga jam isu rasuah RM 6 Juta – Tengok apa Sanusi habaq

CLAIM Free Shipping Shopee Sekarang! -> Claim Disini

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini menghadapi siasatan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Sanusi yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dipercayai disoal siasat berhubung dakwaan isu rasuah dalam kelab bola sepak negeri itu.

Dia dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM pada pukul 11.37 pagi selepas tiba pada pukul 8.30 pagi, namun gagal bertemu media yang menunggu di luar pagar premis.

Bernama memetik Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim sebagai mengesahkan SPRM mengambil kenyataan pemimpin PAS itu hari ini.

Selasa lalu, SPRM mengesahkan akan memanggil Sanusi bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan KFA.

Sabtu lalu, Naib Presiden KFA Muhammad Radhi Mat Din dipetik media sebagai berkata ketua pegawai eksekutif persatuan itu, Zulkifli Che Haron bersama tiga individu lain telah direman oleh SPRM.

Sebelum itu, SPRM memperoleh perintah reman tiga hari terhadap empat individu terbabit bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan lebih RM6 juta pada 2020.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, wang suapan itu dipercayai sebagai balasan membantu pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan trek lumba dan projek mengurus, mengendali dan menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Siasatan dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan projek di negeri terbabit sekiranya menyalurkan dana itu ke akaun persatuan bola sepak itu.

Bagaimanapun, Sanusi sebelum ini mendakwa beliau menjadi sasaran sebenar pihak tertentu di sebalik dakwaan komplot rasuah di KFA, manakala dakwaannya ada pihak lain yang sepatutnya didakwa dan bukannya empat individu yang ditahan SPRM.

Presiden KFA itu turut mendakwa penahanan empat individu termasuk ketua pegawai eksekutif persatuan bola sepak itu sebelum ini hanya ‘aksesori’ untuk mereka kes menganiaya mereka, seterusnya membina naratif buruk terhadap kerajaan Kedah di bawah pentadbirannya.

Leave a Comment