Bagi Tun Mahathir Semua Bukan Melayu Yang Tak Setia Kecuali Kroni Dia Sahaja

CLAIM Free Shipping Shopee Sekarang! ->

Kerajaan, kata Dato Seri’ Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia, sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan yang telah dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak berpuas hati terhadap tahap kesetiaan kaum India dan Cina Malaysia.

Namun, Pada masa sama perdana menteri telah menyatakan memang diketahui bahawa Tun Mahathir selalu bersikap sebegitu termasuk terhadap orang Melayu sendiri.

Misalnya, kata Anwar, Mahathir pernah menuduh bangsa Melayu sebagai pemalas, dan kini mendakwa orang Cina dan India Malaysia sebagai tidak setia kepada negara ini.

“Memang (dia) terkenal (dengan dakwaan seperti) Melayu malas, orang India dan Cina kurang setia…. melainkan beberapa kroni dia,” katanya kepada media di Serdang hari ini.

Tambah perdana menteri semua rakyat Malaysia adalah setia kepada negara ini.

“Kenyataan itu kita bantah dengan sekeras-kerasnya,” kata Anwar.

Terdahulu Ahli Parlimen Tambun itu menghadiri majlis peluncuran Artifical Intelligence (AI) Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Beberapa hari lalu Mahathir ditanya mengenai kedudukan warganegara Malaysia dalam kalangan bukan Melayu dalam temu bual stesen TV satelit India, Thanthi TV.

Dia yang kini menjadi penasihat kepada empat kerajaan negeri pimpinan PN itu menganggap rakyat kaum Cina dan India Malaysia tidak mempunyai kesetiaan penuh kepada negara.

Mahathir juga menuding jari kepada “pendatang” yang dianggapnya terus mengamalkan budaya serta adat masing-masing meskipun sudah menjadi warganegara Malaysia.

Kenyataan itu disanggah pelbagai pihak termasuk Gerakan yang menjadi parti komponen PN.

Leave a Comment