Pengampunan Kepada Najib ? Di Mana Janji Anwar Untuk Perangi Rasuah

CLAIM Free Shipping Shopee Sekarang! -> Claim Disini

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini tampil mempersoalkan janji-janji Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah.

Merujuk laporan media Singapura yang memetik sumber kerajaan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan yang meringankan hukuman bekas perdana menteri, Najib Razak dari dipenjarakan 12 tahun kepada enam tahun, Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir, berkata jika ini benar, ia akan menghampakan jutaan rakyat.

Sambil menyelar sikap hiprokasi Anwar, katanya, tindakan perdana menteri, semua itu didorong oleh kepentingan politik semata-mata.

“Ke mana perginya janji Anwar untuk memerangi rasuah? Adakah dengan melancarkan siasatan baru keatas pemimpin-pemimpin politik lama yang dianggap musuhnya, sambil melepaskan pemimpin yang sudah dijatuh hukum oleh mahkamah?

“Tidakkah ini hipokrasi namanya? Tidakkah ini akan melihatkan bahawa tindakan Anwar itu semua didorong kepentingan politik semata-mata bila diambilkira bahawa sebahagian daripada kerajaan Madani terdiri daripada ahli-ahli Parlimen BN?”soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai laporan media asing itu bahawa sama ada Najib telah diberikan pengampunan ataupun hukumannya dikurangkan.

Mahu tahu lebih lanjut sila layari pakatanrakyat

Leave a Comment