Anak Tun Dr M Boleh Didakwa Jika Mereka Gagal Isytihar Harta

CLAIM Free Shipping Shopee Sekarang! ->

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun memaklumkan iaitu dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh didakwa sekiranya mereka gagal membuat pengisytiharan harta mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata suruhanjaya itu telah menghantar notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 kepada kedua-dua mereka namun sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang notis pengisytiharan harta terbabit.

“Mereka (dua individu) ini boleh dituduh gagal mengisytiharkan harta sekiranya mereka tidak melakukannya dalam tempoh yang telah kita tetapkan,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Azam bagaimanapun kedua-dua mereka boleh membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh tersebut selepas notis tamat pada pertengahan bulan ini.

SPRM telah memanggil Mirzan dan Mokhzani untuk disoal siasat bulan lepas, walaupun asas sebenar siasatan mereka tidak jelas.

Seksyen 36 Akta SPRM menghendaki penerima mematuhi sebarang notis yang dikeluarkan oleh suruhanjaya itu.

Ini termasuk permintaan SPRM untuk mengisytiharkan harta.

Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM100,000.

Sebelum ini, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan isterinya Na’imah Abdul Khalid telah didakwa kerana gagal mematuhi notis yang memerlukan mereka mengisytiharkan aset.

Mahu tahu lebih lanjut sila layari pakatanrakyat

Leave a Comment