Hadi sengaja ‘tunggang’ isu enakmen syariah Kelantan.

CLAIM Free Shipping Shopee Sekarang! ->

Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad telah mendakwa Abdul Hadi Awang sengaja ‘menunggang’ isu pembatalan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan baru-baru ini.

Kata Nik Nazmi dia berpendapat presiden PAS terbabit sengaja memberi bayangan untuk mengelirukan ramai berhubung keputusan tersebut.

Selain itu, katanya, Abdul Hadi juga sempat menyindir para hakim yang bersidang bagi menentukan kedudukan peruntukan dalam enakmen tersebut dengan menggelar mereka sebagai “bijaksini”.

“Sudah tentu Abdul Hadi Awang cuba menunggang isu berkaitan pembatalan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia yang juga naib presiden PKR mendakwa tidak terkejut dengan langkah diambil Abdul Hadi kerana isu berkenaan juga gagal difahami dengan baik oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Hadi sengaja 'tunggang' isu enakmen syariah Kelantan.

Hal itu berlaku, kata Nik Nazmi, ketika Takiyuddin sendiri seorang peguam dan pernah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) sebelum ini.

Nik Nazmi berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Hadi bertajuk “Meninggikan syariat Allah amanah besar” yang disiarkan di media sosial kelmarin.

Tulisan Hadi itu disiarkan sewaktu pelbagai pihak memberikan reaksi terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 daripada 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 baru-baru ini.

Ia juga disiarkan pada hari yang sama selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran bahawa pihaknya sedang memantau reaksi orang ramai terhadap kes tersebut.

Nik Nazmi berkata perlembagaan yang sebelum ini ditegaskan Abdul Hadi sebagai undang-undang warisan penjajah telah memelihara Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak-hak penganut agama dan kepercayaan yang lain.

“Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi mahkamah syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan mahkamah syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf,” katanya.

Pada masa sama menurut Nik Nazmi Abdul Hadi mengabaikan kenyataan bahawa kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam pada awal Dis lalu.

“Jawatankuasa ini diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi, dan turut dianggotai oleh 10 ahli jawatankuasa yang lain. Sudah tentu jawatankuasa ini membantu untuk memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia.

“Saya yakin Abdul Hadi dan Takiyuddin sebenarnya faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham untuk menimbulkan ketakutan umat Islam demi kepentingan sempit mereka,” katanya.

Nik Nazmi kemudian menggesa PAS berhenti daripada cuba mengelirukan rakyat dengan menghina perlembagaan negara yang telah menjadi asas kepada pembinaan Malaysia.

“Mempergunakan isu teknikal undang-undang untuk kepentingan politik, terutamanya berkaitan perihal agama adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

“Kempen seperti ini hanya akan menimbulkan kekeliruan dan kebencian dalam kalangan masyarakat dan tidak akan membawa Malaysia lebih maju,” tegasnya.

Mahu tahu lebih lanjut sila layari pakatanrakyat

Leave a Comment