SU Akhbar, Unit Komunikasi Perlu Tangkis Fitnah

CLAIM Free Shipping Shopee Sekarang! ->

Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat, selaku jentera utama komunikasi kerajaan, memiliki peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak tertentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini terutama sekali dalam menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara ini.

“Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yang pasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook.

Terdahulu, beliau menyempurnakan penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat di Putrajaya semalam, yang menjadi kesinambungan daripada Pemukiman Jemaah Menteri bulan lepas.

SU Akhbar, Unit Komunikasi Perlu Tangkis Fitnah

Perdana Menteri berkata beliau meletakkan jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat yang mempunyai peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan.

Beliau turut melahirkan keyakinan pemukiman itu dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat.

Turut hadir dalam program pemukiman selama dua hari yang bermula semalam itu ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

– Bernama

Mahu tahu lebih lanjut sila layari pakatanrakyat

Leave a Comment